Monday, April 22, 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY

I wrote this down today (14.2.2013), so that i will not forget. I don't know when i will post this, or i will never.

Perjalanan Breastfeeding saya penuh dugaan dan cabaran, hanya dengan sedikit kesilapan, semuanya berubah. Sejak Idlan masuk usia 3 bulan, Idlan tidak lagi mahu menyusu secara terus (DF). Dari situ bermulalah tugas getir saya sebagai pengepam susu tegar. 

Saya ingat saat awal Idlan di lahirkan, di hospital Idlan tak putus-putus menyusu, pantang di letak..Idlan mesti menangis untuk di peluk (i miss that moment sayang). Saya melahirkan Idlan secara pembedahan, maka keupayaan untuk memangku Idlan lebih lama adalah tidak mudah (itu bukan alasan), jadi Papa datang ke hospital bawak puting kosong (DONT DO IT AGAIN! ITS A MISTAKE!). 

Apabila saya keluar daripada Hospital dan pulang ke rumah, Idlan tak berhenti menangis. Orang sekeliling kata, Idlan lapar dan tak cukup susu. Susu saya tak cukup, saya ragu, sebab dekat Hospital nurse bagitahu susu saya banyak. Saya menangis saat suami mahu berikan Idlan susu formula, bayangkan di usia 3 hari Idlan sudah di berikan sesuatu yang asing. Menangis saya saat itu kerana kecewa. Di tambah sakit pembedahan yang agak teruk, saya cuba untuk berehat dan kurangkan pergerakan. Idlan terus menangis (see, Susu formula dah bagi pun menangis lagi, jadi dia bukan lapar). Tapi saya kurang pengetahuan, kurang ilmu..dan sebab menanggung kesakitan saya biarkan orang lain menjaga Idlan (THATS MY BAD!). 

Saya terus menyusukan Idlan tapi di campur dengan susu formula. Masuk usia 3 bulan, Idlan sudah mula keliru puting, yang mana Idlan lebih sukakan artifical nipple! Sedih! Kecewa! Stress!

Pelbagai usaha saya lakukan untuk kembalikan Idlan untuk DF. Tapi tidak berjaya. Saya cadangkan pada suami untuk hentikan susu formula dari botol. Gunakan cara yang nampak sedikit kejam. Tapi suami tidak benarkan. Tapi pada masa yang sama, saya tidak berhenti pamkan susu untuk di berikan kepada Idlan. Pada saya walaupun setitik, selagi susu saya ada, itu hak Idlan, dan saya harus berikan padanya.

Oleh kerana Idlan tidak menyusu secara terus, kurangnya stimulation pada Breast untuk menghasilkan susu. Jadi, susu berkurangan. Sekali pam saya cuma dapat 2oz untuk kedua belah. Kecewa lagi! Stress lagi! 

Dan, pada saat post ini di tulis, Idlan hampir menjangkau usia 5 bulan, Idlan masih lagi minum Express Breast Milk (EBM) dengan bantuan susu formula.

Saya tidak mempunyai jadual mengepam yang teratur atas kesibukan tugas sebelum ini. Manakala bila di rumah, kebanyakan masa hanya saya dan Idlan di rumah kerana suami sibuk bertugas. Jadi kalau nak mula mengepam, saya harus tunggu Idlan tidur, dan pada masa yang sama saya akan kepenatan setelah seharian bekerja.

BUT, by writing this POST, saya berjanji, untuk memberi yang terbaik pada Idlan. saya akan berusaha untuk memberikan Idlan susu ibu sebanyak yang boleh, dan saya tidak akan berhenti berusaha walau berduri jalan yang bakal saya tempuhi.

Mungkin langkah ini, bermula agak lewat, dan bermula hasil dari pelbagai kesilapan atas kekurangan ilmu sendiri. Tapi saya tetap akan mulakan, Better Late than Never...

Saya sediakan jadual mengepam pada hari ini. Untuk pastikan saya mengepam ikut waktu. Dapat atau tidak saya disiplinkan diri dengan tanggungjawab pada kerjaya dan rumah tangga, itu kita lihat kemudian, yang pasti saya akan berusaha....

# ini jadual saya dapat dari Blog Kak Nadia
http://exclusivelypumpingmother.blogspot.com/

**mine will be sligtly diffrent from this. Tapi masih mengikut format 8 kali mengepam sehari =)

Saya hanya berdoa dan bertawakal kepada tuhan. Semoga di izikan saya untuk meneruskan usaha dan perjalanan ini. Amin....

Thursday, April 4, 2013

HAKIKAT



Saya lupa..hakikat di DUNIA ni, kalau nak dapatkan PANGKAT & HARTA dengan segera..kita kena jadi orang yang selalu MENGADU..dan RUGI lah kalau kita jadi orang yang PANDAI, TIDAK BERGANTUNG PADA ORANG LAIN dan BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH SENDIRI tanpa perlu MENYUSAHKAN orang lain.

Saya sedih dengan HAKIKAT yang kita perlu hadapi. Tapi Alhamdulilah..saya tidak bergantung pada HAKIKAT tersebut. Saya percaya ALLAH itu Maha Adil..dan Rezeki di Dunia ini..DIA yang beri..saya percaya akan Takdir yang di tentukan olehNya.

Namun, kesedihan saya terhadap sikap sesetengah individu, apatah lagi yang mengetuai satu-satu badan, atau satu-satu kumpulan..yang lebih suka..memberi highlight kepada mereka2 yang suka mengadu-domba, mengadu hal remeh temeh..hanya untuk menonjolkan diri mereka sebagai PENTING..dan mula mengklasifikasikan pihak lain yang tidak mengadu domba ni..sebagai tidak BERKERJA!

Jadi, apa guna setiap sistem itu dan ini yang perlu di isi..alahai KETUA..tak kan setiap jam dan setiap detik..si ANAK BUAH  perlu mengadu masalah pada KETUA..dan sekiranya tak ada masalah..MASALAH perlu di adakan untuk memberitahu yang SAYA BERKERJA sehingga ada kalanya termasuk MEMBURUK-BURUKkan orang lain..sedehkan...Kalau tak ada masalah..maksudnya..TIDAK BERKERJA!

Jadi..Bila REZEKI di jadikan KETUA kelak..nilaikanlah seseorang melalui HASIL KERJA nya..bukan melalui berapa BANYAKKKK masalah yang di adu dombakan...SEKIAN.

Friday, March 15, 2013

IDLAN FIRST SOLID FOOD

Lagi dua hari Idlan akan genap 6 bulan. Makanya.....its time for solid food..

Dalam lebih kurang sebulan mama duk godek godek sana sini cari ilmu untuk penyediaan solid food kamu sayang..Mama nak pastikan hanya yang terbaik kamu terima dalam proses tumbesaran kamu.

Oleh kerana mama ni adalah ibu berkerjaya (Cee..wah!) makanya mama tidaklah mempunyai sangat banyak masa untuk penyediaan makanan kamu..tapi untuk kamu..pastinya mama akan berusaha.

So, hari ni, mama dah duk pikir-pikir apalah yang mama nak masak untuk kamu..Mungkin epal..dan mama akan cuba patuhi 4 days rules untuk memerhati sekiranya kamu ada alergik pada makanan yang akan mama berikan nanti.

Antara persiapan yang telah mama sediakan adalah ~ ~ ~

1. Beli Blender and Steamer daripada Avent.

Blender ni bukan calang-calang blender tau.. sebab bila mama cakap nak beli blender Avent adalah dua tiga orang cakap 'Kenapa?blender biasa tak boleh guna ker?' Macam mama kata tadi mama ni tidaklah banyak masa..so in terms of time blender ni akan sangat membantu..

Contohnya kalau mama nak masak epal untuk kamu, mama boleh terus potong epal tu, masukkan dalam blender, steam ikut masa yang sesuai dan lepas tu terbalik kan jer blender ni untuk blend epal tu..Tadaa!! Puri epal dah siap!! senangkan.. Mama jugak akan dapat kurangkan masa dekat depan sinki sebab nak kena basuh periuk2.

Yang lagi best, turut di sertakan buku resipi!! so mama bolehlah masak hidangan yang sedap-sedap untuk kamu sayang (^^)

2. Tomme Tippe Explora  Heat Sensing Spoon dan Munchkin Fresh Food Feeder

Yes!! mama belikan kamu sudu..
Sudu ni penting untuk suap kamu makan..dan mama belikan this cleaver spoon for u..'clever?' Yup! sudu ni boleh sense heat, kalau makanan tu panas sudu ni akan automatically bertukar warna. Jadi tak lah mama atau Baby sitter kamu nanti tersuap makanan panas pada kamu..

Yang warna hijau tu pulak adalah Munchkin Fresh Food Feeder. Kegunaanya adalah untuk letakkan sayur atau buah kat dalam bekas net hijau tu, so than kamu boleh lah hisap..safety sikit sebab kamu masih tak ada gigi untuk bites =)  

3. Tommee Tippee Explora Pop Up Freezer Pots & Tray dan Tommee Tippee Explora Pop Up Weaning Pot 


Ni adalah bekas makanan. So kalau mama sediakan puri untuk kamu, mama boleh simpan dalam bekas ni dan letak dalam frezeer..

~ ~ ~

Setakat ni, tu jer lah mama beli. Mama ada plan nak beli beberapa lagi bekas untuk simpan makanan, mungkin beli berperingkat. Sudu pun nak kena tambah sebab nak kena hantar ke rumah baby sitter kamu jugak.

Mama harap kamu akan makan dengan berselera dan akan jadi anak yang sihat, cergas dan cerdas..amin..Love u =)






Tuesday, March 12, 2013

BerSabarlah...

Duhai HATI bersabarlah...
JANGAN BERHENTI MENCUBA

MALANG SEORANG SUAMI

Selami hati seorang isteri, kerana seorang isteri itu, tidak akan berhenti mendoakan kebahagiaan suaminya dunia dan akhirat..seburuk mana layanan si suami pada isterinya..percayalah..makin di sakiti, makin kerap si isteri akan berdoa untuk suaminya..Percayalah di setiap akhir solat si isteri..doa untuk suaminya tidak akan dia lupakan walau si suami tidak pernah meng-imamkan solatnya...

Maka suami..hargailah setiap saat dan detik bersama isteri kamu..laksanakanlah tanggungjawab  seharusnya...kerana..MALANG dan RUGI lah seorang SUAMI itu bila tiada lagi dirinya dalam doa seorang ISTERI....

Wednesday, March 6, 2013

TEH LONGAN DAN KURMA MERAH BRAND SUPER

Hari ni saya ke Econsave untuk dapatkan Teh Longan dan Kurma Merah Brand Super. Hasil google sana sini ada yang kata teh ni boleh jadi 'milk booster'.

'Milk Booster' ni depand pada badan individu jugak, kalau tak sesuai tak jadi apa pun, and kalau tak patuhi demand v supply pun tak jadi jugak. so 'demand v supply + milk booster' InsyaAllah boleh membantu ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka. 

Untuk saya, saya masih tak jumpa 'milk booster' yang berkesan..duk makan itu ini..tapi sama jer..so kita try ini teh ok..and see how its work..kalau berkesan nanti saya up date..kalau diammmmm jer tu..maksudnyer 'tak jalan lar tu'....


## ni ha gambar teh tu..
pada yang nak cuba..selamat mencuba!!
Good Luck!!



Tuesday, February 12, 2013

PAKAI TUDUNG


Pemakaian tudung ni memang wajib dalam Islam..tak boleh kata NO! Pada saya,memang pemakaian tudung tidak janggal.Sejak dari sekolah hingga ke Universiti saya telah terbiasa bertudung. Tapi mungkin kerana pengaruh fesyen atau lebih tepat lagi kejahilan diri, saya memilih untuk mendedahkan aurat (Ya Allah ampuni aku)..

Niat untuk kembali bertudung dah lama pun bersarang di hati. Sejak rasa macam nak bertudung, saya mula suka mengumpul koleksi tudung. Saya seorang yang sederhana, jadi tidaklah berapa suka fesyen2 yang terlalu complicated dan rimas..lebih suka yang senang and on the go =).

Hajatnya bila dah mendirikan rumah tangga saya ingin bertudung. Tak tahu kenapa hajat tersebut kerap kali di tangguhkan walaupun dah berumah tangga. Namun, ada masa-masanya saya membiasakan diri untuk keluar rumah bertudung. Ada masa-masanya pulak duduk berangan depan cermin test tudung..suamilah jadik pengkritik kalau fesyen yang saya pilih tidak sesuai.

taadaa!!
ni activity test tudung =)

ini jugak =)
# kat belakang tu BUBU tengah syok tgk TV

Sehinggalah saya selamat melahirkan Idlan. Waktu dalam pantang, perasaan nak pakai tudung tu semakin membuak-buak..dan memandangkan pantang 44 hari tak keluar rumah, so saya decide sejurus selepas 44 hari, nak keluar rumah KENA PAKAI TUDUNG!!

and i did =)

## Idlan 2 month ++
Cameron Higlands

Saya kembali berkerja =)

Alhamdulillah..
Walaupun kali pertama tampil bertudung di tempat kerja sampai Bos pun tak kenal..tapi saya SELESA..
Pada peringkat sekarang saya masih belajar-belajar lagi menyesuaikan diri..
Semoga di Permudahkan dan semoga saya terus Istiqamah..Amin...