Pemakaian tudung ni memang wajib dalam Islam..tak boleh kata NO! Pada saya,memang pemakaian tudung tidak janggal.Sejak dari sekolah hingga ke Universiti saya telah terbiasa bertudung. Tapi mungkin kerana pengaruh fesyen atau lebih tepat lagi kejahilan diri, saya memilih untuk mendedahkan aurat (Ya Allah ampuni aku)..
Niat untuk kembali bertudung dah lama pun bersarang di hati. Sejak rasa macam nak bertudung, saya mula suka mengumpul koleksi tudung. Saya seorang yang sederhana, jadi tidaklah berapa suka fesyen2 yang terlalu complicated dan rimas..lebih suka yang senang and on the go =).
Hajatnya bila dah mendirikan rumah tangga saya ingin bertudung. Tak tahu kenapa hajat tersebut kerap kali di tangguhkan walaupun dah berumah tangga. Namun, ada masa-masanya saya membiasakan diri untuk keluar rumah bertudung. Ada masa-masanya pulak duduk berangan depan cermin test tudung..suamilah jadik pengkritik kalau fesyen yang saya pilih tidak sesuai.
taadaa!!
ni activity test tudung =)
ini jugak =)
# kat belakang tu BUBU tengah syok tgk TV
Sehinggalah saya selamat melahirkan Idlan. Waktu dalam pantang, perasaan nak pakai tudung tu semakin membuak-buak..dan memandangkan pantang 44 hari tak keluar rumah, so saya decide sejurus selepas 44 hari, nak keluar rumah KENA PAKAI TUDUNG!!
and i did =)
## Idlan 2 month ++
Cameron Higlands
Saya kembali berkerja =)
Alhamdulillah..
Walaupun kali pertama tampil bertudung di tempat kerja sampai Bos pun tak kenal..tapi saya SELESA..
Pada peringkat sekarang saya masih belajar-belajar lagi menyesuaikan diri..
Semoga di Permudahkan dan semoga saya terus Istiqamah..Amin...
No comments:
Post a Comment