Perjalanan Breastfeeding saya penuh dugaan dan cabaran, hanya dengan sedikit kesilapan, semuanya berubah. Sejak Idlan masuk usia 3 bulan, Idlan tidak lagi mahu menyusu secara terus (DF). Dari situ bermulalah tugas getir saya sebagai pengepam susu tegar.
Saya ingat saat awal Idlan di lahirkan, di hospital Idlan tak putus-putus menyusu, pantang di letak..Idlan mesti menangis untuk di peluk (i miss that moment sayang). Saya melahirkan Idlan secara pembedahan, maka keupayaan untuk memangku Idlan lebih lama adalah tidak mudah (itu bukan alasan), jadi Papa datang ke hospital bawak puting kosong (DONT DO IT AGAIN! ITS A MISTAKE!).
Apabila saya keluar daripada Hospital dan pulang ke rumah, Idlan tak berhenti menangis. Orang sekeliling kata, Idlan lapar dan tak cukup susu. Susu saya tak cukup, saya ragu, sebab dekat Hospital nurse bagitahu susu saya banyak. Saya menangis saat suami mahu berikan Idlan susu formula, bayangkan di usia 3 hari Idlan sudah di berikan sesuatu yang asing. Menangis saya saat itu kerana kecewa. Di tambah sakit pembedahan yang agak teruk, saya cuba untuk berehat dan kurangkan pergerakan. Idlan terus menangis (see, Susu formula dah bagi pun menangis lagi, jadi dia bukan lapar). Tapi saya kurang pengetahuan, kurang ilmu..dan sebab menanggung kesakitan saya biarkan orang lain menjaga Idlan (THATS MY BAD!).
Saya terus menyusukan Idlan tapi di campur dengan susu formula. Masuk usia 3 bulan, Idlan sudah mula keliru puting, yang mana Idlan lebih sukakan artifical nipple! Sedih! Kecewa! Stress!
Pelbagai usaha saya lakukan untuk kembalikan Idlan untuk DF. Tapi tidak berjaya. Saya cadangkan pada suami untuk hentikan susu formula dari botol. Gunakan cara yang nampak sedikit kejam. Tapi suami tidak benarkan. Tapi pada masa yang sama, saya tidak berhenti pamkan susu untuk di berikan kepada Idlan. Pada saya walaupun setitik, selagi susu saya ada, itu hak Idlan, dan saya harus berikan padanya.
Oleh kerana Idlan tidak menyusu secara terus, kurangnya stimulation pada Breast untuk menghasilkan susu. Jadi, susu berkurangan. Sekali pam saya cuma dapat 2oz untuk kedua belah. Kecewa lagi! Stress lagi!
Dan, pada saat post ini di tulis, Idlan hampir menjangkau usia 5 bulan, Idlan masih lagi minum Express Breast Milk (EBM) dengan bantuan susu formula.
Saya tidak mempunyai jadual mengepam yang teratur atas kesibukan tugas sebelum ini. Manakala bila di rumah, kebanyakan masa hanya saya dan Idlan di rumah kerana suami sibuk bertugas. Jadi kalau nak mula mengepam, saya harus tunggu Idlan tidur, dan pada masa yang sama saya akan kepenatan setelah seharian bekerja.
BUT, by writing this POST, saya berjanji, untuk memberi yang terbaik pada Idlan. saya akan berusaha untuk memberikan Idlan susu ibu sebanyak yang boleh, dan saya tidak akan berhenti berusaha walau berduri jalan yang bakal saya tempuhi.
Mungkin langkah ini, bermula agak lewat, dan bermula hasil dari pelbagai kesilapan atas kekurangan ilmu sendiri. Tapi saya tetap akan mulakan, Better Late than Never...
Saya sediakan jadual mengepam pada hari ini. Untuk pastikan saya mengepam ikut waktu. Dapat atau tidak saya disiplinkan diri dengan tanggungjawab pada kerjaya dan rumah tangga, itu kita lihat kemudian, yang pasti saya akan berusaha....
# ini jadual saya dapat dari Blog Kak Nadia
http://exclusivelypumpingmother.blogspot.com/
**mine will be sligtly diffrent from this. Tapi masih mengikut format 8 kali mengepam sehari =)
Saya hanya berdoa dan bertawakal kepada tuhan. Semoga di izikan saya untuk meneruskan usaha dan perjalanan ini. Amin....
No comments:
Post a Comment