Tuesday, February 12, 2013

PAKAI TUDUNG


Pemakaian tudung ni memang wajib dalam Islam..tak boleh kata NO! Pada saya,memang pemakaian tudung tidak janggal.Sejak dari sekolah hingga ke Universiti saya telah terbiasa bertudung. Tapi mungkin kerana pengaruh fesyen atau lebih tepat lagi kejahilan diri, saya memilih untuk mendedahkan aurat (Ya Allah ampuni aku)..

Niat untuk kembali bertudung dah lama pun bersarang di hati. Sejak rasa macam nak bertudung, saya mula suka mengumpul koleksi tudung. Saya seorang yang sederhana, jadi tidaklah berapa suka fesyen2 yang terlalu complicated dan rimas..lebih suka yang senang and on the go =).

Hajatnya bila dah mendirikan rumah tangga saya ingin bertudung. Tak tahu kenapa hajat tersebut kerap kali di tangguhkan walaupun dah berumah tangga. Namun, ada masa-masanya saya membiasakan diri untuk keluar rumah bertudung. Ada masa-masanya pulak duduk berangan depan cermin test tudung..suamilah jadik pengkritik kalau fesyen yang saya pilih tidak sesuai.

taadaa!!
ni activity test tudung =)

ini jugak =)
# kat belakang tu BUBU tengah syok tgk TV

Sehinggalah saya selamat melahirkan Idlan. Waktu dalam pantang, perasaan nak pakai tudung tu semakin membuak-buak..dan memandangkan pantang 44 hari tak keluar rumah, so saya decide sejurus selepas 44 hari, nak keluar rumah KENA PAKAI TUDUNG!!

and i did =)

## Idlan 2 month ++
Cameron Higlands

Saya kembali berkerja =)

Alhamdulillah..
Walaupun kali pertama tampil bertudung di tempat kerja sampai Bos pun tak kenal..tapi saya SELESA..
Pada peringkat sekarang saya masih belajar-belajar lagi menyesuaikan diri..
Semoga di Permudahkan dan semoga saya terus Istiqamah..Amin...

Friday, February 8, 2013

Post PERTAMA untuk Anak PERTAMA

Dah lama pun saya siapkan blog ni..tapi saya tak ada masa untuk menulis..atau lebih tepat tak tahu apa untuk di tulis..MASA? kalau nak kira sekarang lagi lah tak ada masa..Lagi-lagi bila di ANUGERAHKAN dengan si comel IDLAN..memang tak menang tangan..
Tak tahu kenapa..saya tergerak hati untuk menulis..mungkin untuk PERMATA HATI saya..Mama love u so much IDLAN =)

IDLAN AFFAN BIN MOHD SUHAIRIE



Idlan Affan di lahirkan pada 16.9.2012..yes!! Idlan anak Malaysia =)...Bangga sangat lahirkan Idlan pada hari  tu..senang nak ingat..PALING BEST...memang setiap kali birthday Idlan..Mama akan CUTI!! so i will never miss your Birthday sayang =)

Idlan di lahirkan pada jam 10.26 pagi via c-section operation. Its emergency operation..Alhamdulillah..sebaik rasa Idlan di tarik keluar..dengar suara nangis si comel ni..dan bila nurse tunjuk Idlan..waktu tu..ada satu perasaan yang memang tak boleh di gambarkan...from that moment..saya cuma tahu satu perkara..i will do anything for u sayang..ANYTHING...

Hari ni 8.2.2013..Idlan Affan dah pun berusia 4 bulan 23 hari..yang mana lagi 8 hari..Permata Hati Mama ni..dah masuk 5 bulan =) 


Ini Mama Idlan
Masa ni Idlan dalam perut Mama pada 39 minggu ++
4 hari selepas gambar ni di ambil..Idlan pun lahir =)



 Ini Papa Idlan
Always be the comelss..The manjaaa..The kuat merajuk
and..The one that i love till Jannah..InsyaAllah =)

## Taadaa!! its end of my first post..InsyaAllah..will write..more and more start from today..see yaa!!