Lagi dua hari Idlan akan genap 6 bulan. Makanya.....its time for solid food..
Dalam lebih kurang sebulan mama duk godek godek sana sini cari ilmu untuk penyediaan solid food kamu sayang..Mama nak pastikan hanya yang terbaik kamu terima dalam proses tumbesaran kamu.
Oleh kerana mama ni adalah ibu berkerjaya (Cee..wah!) makanya mama tidaklah mempunyai sangat banyak masa untuk penyediaan makanan kamu..tapi untuk kamu..pastinya mama akan berusaha.
So, hari ni, mama dah duk pikir-pikir apalah yang mama nak masak untuk kamu..Mungkin epal..dan mama akan cuba patuhi 4 days rules untuk memerhati sekiranya kamu ada alergik pada makanan yang akan mama berikan nanti.
Antara persiapan yang telah mama sediakan adalah ~ ~ ~
1. Beli Blender and Steamer daripada Avent.
Contohnya kalau mama nak masak epal untuk kamu, mama boleh terus potong epal tu, masukkan dalam blender, steam ikut masa yang sesuai dan lepas tu terbalik kan jer blender ni untuk blend epal tu..Tadaa!! Puri epal dah siap!! senangkan.. Mama jugak akan dapat kurangkan masa dekat depan sinki sebab nak kena basuh periuk2.
Yang lagi best, turut di sertakan buku resipi!! so mama bolehlah masak hidangan yang sedap-sedap untuk kamu sayang (^^)
2. Tomme Tippe Explora Heat Sensing Spoon dan Munchkin Fresh Food Feeder
Yes!! mama belikan kamu sudu..
Sudu ni penting untuk suap kamu makan..dan mama belikan this cleaver spoon for u..'clever?' Yup! sudu ni boleh sense heat, kalau makanan tu panas sudu ni akan automatically bertukar warna. Jadi tak lah mama atau Baby sitter kamu nanti tersuap makanan panas pada kamu..
Yang warna hijau tu pulak adalah Munchkin Fresh Food Feeder. Kegunaanya adalah untuk letakkan sayur atau buah kat dalam bekas net hijau tu, so than kamu boleh lah hisap..safety sikit sebab kamu masih tak ada gigi untuk bites =)
3. Tommee Tippee Explora Pop Up Freezer Pots & Tray dan Tommee Tippee Explora Pop Up Weaning Pot
Ni adalah bekas makanan. So kalau mama sediakan puri untuk kamu, mama boleh simpan dalam bekas ni dan letak dalam frezeer..
~ ~ ~
Setakat ni, tu jer lah mama beli. Mama ada plan nak beli beberapa lagi bekas untuk simpan makanan, mungkin beli berperingkat. Sudu pun nak kena tambah sebab nak kena hantar ke rumah baby sitter kamu jugak.
Mama harap kamu akan makan dengan berselera dan akan jadi anak yang sihat, cergas dan cerdas..amin..Love u =)